Life as student at Matriks Kelantan (Part 1)

Hai dan Assalamualaikum semuanyaaaaaa !!! hehehhe semangat betul yee nak cerita ni. So straight to the point aku akan cerita sedikit sebanyak pengalaman aku di Kolej Matrikulasi Kelantan atau KMKt ni. Mesti adik-adik tertanya-tanya (biasalah nervous) macam mana kehidupan di matrik ni. Okey ke tak? Tak ke okey? hehhehehe Takpe meh akak (cehh) bagi gambaran kasar ke adik-adik semua. Jadi boleh la adik-adik buat persiapan awal ye dokk. 


1) aku ambil kos apa? 

Sebelum tu aku nak cerita dulu yang aku ni geng modul 2, sistem dua semester. Kami lahir 2002 and  batch 7 KMKt . So kolej ni baru lagi daripada kolej matrik-matrik lain. Lagi satu perkara penting yang korang perlu tahu ialah kami semua ni batch pertama yang belajar dengan virus COVID-19. Kiranya batch pertama yang belajar melalui online. Tuhan je tahu betapa struggle-nya kami masa tu . 


2) KMKt terletak di mana? 

Untuk pengetahuan semua, kolej ni terletak di Pasir Puteh. Walaupun alamatnya kat pasir puteh, actualy kolej ni lebih dekat dengan pekan kok lanas. 

Dan kolej ni terletak di atas bukit yeee, get ready la korang nak berjalan hiking hari2 hahahahahaha


3) benda yang korang perlu tahu!


ada mesin ATM

kat pagar sebelum masuk kolej , sebelah kiri. Note that mesin atm ada satu ja! so tip taknak beratur panjang-panjang, korang pergi atm waktu kelas.... kalau in between kelas tu ada gap, berlari pergi atm! sksksksksk. InsyaAllah takda orang.


KMKt ada 5 cafe 

iaitu cafe A , cafe B , cafe C , cafe D dan cafe admin (selalunya cafe ni penuh dengan geng lecturer)


aku dgn rumet2 aku 

keadaan beratur di cafe 

di bawah ni aku payung sikit gambar makanan kat cafe yang sempat aku ambil , heheh






semua nampak sedap kan?!!? dan yang paling penting MURAHHHH

ada koperasi (read:KOOP)

diorang jual barang2 keperluan pelajar  tapi harga sedikit (read : banyak)  mahal of course bagi students yang kedekut macam aku. 

koperasi terletak di bangunan makmal sains / lab. Nanti kalau korang ada kls kat lab, bolehla singgah-singgah koop! tengok-tengok ja dah happy walaupun tak beli hahahahaha. Kat koop ni biasanya students berebut nak beli aiskrim. Nampak je lori aiskrim tu, kitorg dah berlari ke koop XD


library 

Semestinya ada ,library ni dua tingkat. Kalau perjalanan from kolej ke kelas, korang akan lalu library dulu. Boleh pinjam buku of course. And biasanya lecturer juga boleh buat kelas kat library sbb aircond hahahahhaa. Ada bilik-bilik bincang yang korang kena tempah dulu then baru boleh buat kelas kat situ.


ni la rupa library nyaa (Sorry ada gambar ni je)

tasik tempat lepak 

Geng! Tasik ni seriously best gila lepak kalau petang-petang. Korang kalau turun petang-petang please pergi tasik ni. Tasik ni tak seram pun wehh. Dia betul-betul terletak di tepi jalan orang lalu-lalang. So, takde istilah seram pun okiee? Pergi tasik jangan lupa bawak makanan boleh mengunyah sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa.

Dewan DIY 

tempat segala tempat. buat majlis pun kat situ , surau pun kat situ , main badminton pun kat situ . FYI , KMKt xde surau yee . Surau masih dalam fasa pembinaan (tahun 2021) . Jadinya kami solat berjemaah di dewan DIY. KMKt ni masih agak baru, so banyak jugala fasiliti yang masih tak lengkap.

ISU AIR 

KMKt ni memang terkenal dengan isu air. Terkenal macam mana? terkenal dengan selalu tak ada air. Jadi korang kena bawa baldi && gayung siap2 untuk aktiviti tadahan air. Selalunya kalau tak de air pihak kolej akan bagi kebenaran untuk pulang ke rumah bagi yang nak pulang la . Tapi disebabkan oleh situasi covid ni , memang tak boleh balik , kau hadap la tak de air tu. Agak perit sedikit untuk adapt mula2 tu. But lama2 dia macam redha dengan sendiri . 



ni pengalaman aku, angkut air naik aras dua. tak nak berebut esok pagi punya pasal , malam tu aku siap2 angkut air dengan rumet2 aku. Lagi satu, ready air sesiap takut malam nanti nak membuang hahahahah 

semut charlie 

rasanya dekat semua asrama akan ada semut ni. bagi yang tak tahu meh aku tunjuk gambar natang ni 


ha nilah si charlie tu. 


nampak macam biasa biasa tapi sekali dia gigit , hang tahanlah dia punya bisa tu. Tips dia JANGAN sidai/jemur baju yang basah dalam bilik . Kalau korang buat jugak , dia macam seolah olah menjemput natang ni masuk kenduri dalam bilik kau. Lepastu kalau boleh sebelum mandi tu , korang make sure dulu tuala takde natang ni, yela tuala ni kan basah. lagilah dia suka bertapak kat situ. Lepas mandi sangkut tuala baik baik, bagi cepat kering. 

kehabisan duit di ATM / ATM rosak 

okey disini aku nak nasihatkan kalau duit dah nak habis tu better pergi ambik kat ATM cepat2 . Sebab kau bayangkan ek seramai ramai student KMKt , ATM ada satu je nokk. Kalau duit habis kat ATM , ha kebulur la kau nak makan apa. Biasa pihak kafe akan buat servis keluar duit ni. Tapi kau kena ada online banking la, kau bank in kat dia, dia kasi cash. Ataupun antara students pun ada yang buat servis ni. Kau tanya je dalam group, sapa yang ada cash lebih. 


Isu pulang bermalam 

Sebenarnya sebelum covid ni, student boleh dikatakan setiap minggu boleh balik bermalam di rumah masing-masing. Tambah-tambah KMKt ni selalu diserang masalah air, so pihak pengurusan memang bagi kelonggaran kepada student yang tinggal berdekatan dengan rumah untuk balik ke rumah. Yelah nak basuh baju dan nak mandin pun susah jadi dengan kelonggaran ni boleh bagi peluang kepada student yang tinggal jauh dari kolej untuk menggunakan air yang sedia ada tu untuk membersihkan diri dan sebagainya.

Jadi nak dijadikan cerita lepas covid menyerang kita semua, kelonggaran untuk pulang bermalam tu susah nak dapat, since pihak pengurusan nak elak dari penularan covid ni. Aku rasa masa batch aku haritu, kitorg memang tak leh balik bermalam lamgsung. Cuti sem pun singkat ja sebab covid punya pasal. Takpalah, bolehla kau spend masa banyak-banyak dengan kawan matriks. Lagipun students matriks biasanya busy. Jadi takde masa lah nak fikir benda-benda tak penting ni. Serahkan semua urusan ni ke pihak pengurusan. Mereka tahu yang terbaik untuk kita.

peraturan ketat 

Ketat ke peraturan? Aku rasa biasa ja hahahaha. Just kena follow peraturan2 yang basic ja. Lagipun kau pergi matriks nak belajar kan? bukan nak buat demo ke, rusuhan ke. Nak belajar buat cara nak belajar!

kena patuh SOP 

Sepanjang duduk dalam kolej tu , korang kena patuh SOP okey. Covid masih di sekeliling kita. Bayangkan betapa risaunya ibu bapa dan pihak pengurusan kalau ada students yang dijangkiti covid. Dah la covid ni kita tak nampak!

food delivery 

Korang dah bosan dengan makanan kafe? Boring tengok muka pakcik makcik kafe? Nak tukar citarasa baru? Nak berpicnic di tasik dengan classmate? Orderlah makanan luar cehhh. Guna la grabfood ke foodpanda ke mcdelivery ke semua boleh.

parcel? 

KMKt ada bilik parcel. So, bila barang yang dibeli dah sampai. Kena pergi ambik kat bilik parcel.

dobi basuh baju 

Setiap blok ada bilik dobi kataras ground floor. Ada lebih kurang 5 washing machine and 1 dryer. Maybe sbb aku kurang pasti dengan blok lain. Korang kena beli kad dobi dulu baru boleh guna khidmat dobi tu. Kalau duit dalam kad tu dah habis kena topap! Aku dah tak ingat berapa sekali basuh but aku biasanya basuh baju banyak sekali gus. Barulah jimat nak guna dobi!

ampaian baju 

untuk pengetahuan korang semua, korang kena jemur pakaian korang guna hanger. So bawalah hanger ye. Tujuannnya untuk bagi banyak ruang untuk semua penghuni asrama. Kalau korang tak ikut peraturan ni memang korang kena kecam la dan dianggap selfish.



hanger macam ni penting untuk korang gantung pakaian kecik2 . kena bawa juga 


bilik 

ha ni mesti ramai curiuos kan. dekat kolej ni ada 4 blok iaitu blok a , blok b, blok c dan blok d (blok student lelaki). Ye kaum lelaki ada satu blok je. Setiap blok ada 4 aras which is aras groundfloor, aras satu, aras dua, aras tiga dan aras empat . Setiap aras ada berapa bilik aku tak pasti but setiap aras ada dua wing. Setiap bilik ada 4 katil , so korang akan ada 4 orang rumet kalau bilik korang penuh. 

 

ni bilik aku (jangan judge heheehe sepah sikit) . So ni pelan bilik mengikut SOP.

 
katil single , bantal tak disediakan 



meja belajar , atas tu ada lampu study n rak buku 

 
almari yang disediakan , boleh siap2 bawa mangga dan kunci 

 

ruangan dalam almari 

 

drawer dalam almari yang memang luas 




makmal komputer 

Makmal komputer ada di sebelah atas library. Budak-budak science comp biasanya akan duduk di lab ni. Oh lagi satu budak account.

bilik tutor 

Bilik Tutor tempat korang belajar nanti. Ataupun kalau masa sekolah korang panggil kelas la. Nanti korang tengok betul2 nombor bilik tutor tu, kang salah masuk kelas hahahahah

makmal sains 

Science lab terletak di bangunan bersebelahan bilik tutor. 

dewan kuliah 

Dewan kuliah terletak di tengah-tengah. Yang paling syok? Ada aircond !!!

kubikel pensyarah 

Along the way korang berjalan nak ke bilik tutor ke dewan kuliah ke lab ke korang akan lalu depan kubikel pensyarah. Kubikel pensyarah ni bilik guru lah.


Aku rasa dah panjang lebar dah menulis ni, 

Kalau ada apa-apa soalan, tanya ja okie? 








Comments